Salam semua :') Okay saya tak update 2 hari, maaf kerana saya terlupa. Dimaklumkan, saya memang gemar dgn cerita hantu. Tak lah sngt sbb saya ni penakut orangnya. Nak diikutkan saya suka dgn cerita yang berunsur hantu atau unik. Mcm Harry Potter, Paranormal Activity I, Narnia etc. Oh saya pun tak tahu kenapa saya perlu bagi tahu semua benda haha.
Apa pun, tadi ketika ibu bapa saya pergi terawih saya mengambil kesempatan utk menonton cerita hantu ye, iaitu Penunggu Istana yang diberi oleh kawan saya, Puteri. *Mekasih Puss
Saya sedar saya seorang penakut sbb tu saya pasang tab kecik je. Hehe. Cerita tersebut berkisah 5 orang sekawan dlm suatu dokumentari mengenai Istana lama di Perak iaitu Istana Billah, Papan Perak. Mereka cuba menjejaki misteri di tempat itu. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).
Mereka perlu merakam setiap tempat menggunakan kamera Uncle Seekers. Tanpa pengetahuan Uncle, mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Tanpa disedari, mereka telah ditemani oleh penghuni Istana tersebut. Bnyk perkara aneh berlaku seperti tingkap terbuka secara tiba-tiba, pad Fira terbakar, kedudukan topeng pelik berubah, Ammar hilang tanpa pengetahuan dan lain lain lagi. Malangnya, habis cerita ini pelakon pelakon mati akibat dipukul oleh Ammar dgn menggunakan kerusi kayu. Mcm tak sangka kan? Ammar pula dikatakan sampai sekarang tidak ditemui lagi.
Saya rasa cerita betul tapi ntahlah. Rujuk kepada pemerhatian masyarakat di dalam internet, ada yang mengatakan cerita tersebut tidak benar kerana 'Facebook Ammar' & dan 'Facebook Mustaqim' masih wujud. Haih apa ni? Tak fahamnya lagi, khabarnya krew media dan Uncle Seekers cuba merahsiakan identiti pelakon pelakon tersebut. Hairannya, kalau la cerita tersebut tidak benar, perlukah ucapan takziah kepada pelakon sedangkan tuan empunya badan masih hidup?
Ish ish ish kalau tipu ni saya sedih sngt tau. Ntah la, maybe terkilan sbb krew media dan pengarah cerita sanggup menipu utk mendapat nama di mata masyarakat.
P/s: 'Cerita Paranormal Pertama di Malaysia' Boleh percaya ke?